Biodata Penulis

Guru Cemerlang Matematik Tambahan dengan kelulusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian), Universiti Putra Malaysia.

Di lahirkan pada 29 Mei 1959 di Kampung Kuala Bator, Bachok, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Awah, Temerloh. Manakala pendidikan menengah di Sekolah Menengah Temerloh , Pahang dan Sekolah Menengah Kolam Air, Kuala Lumpur.

Memulakan kerjaya sebagai pendidik mulai tahun 1982 di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh, Pahang selama 5 tahun dan seterusnya bertugas di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban sejak  tahun  1987  hingga sekarang.

Merupakan Jurulatih Utama mata pelajaran Matematik Tambahan bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan  Teknikal. Pernah  menjadi Panel Penulis Modul dan Jurulatih Utama Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri bagi Pembelajaran kontekstual dan Modul Kecemerlangan Matematik Tambahan  yang telah diguna pakai oleh semua guru dan pelajar di semua sekolah Teknik di Malaysia. Jurulatih Peringkat Negeri bagi Pengajaran dan Pembelajaran yang Berasaskan Geometer’s SketchPad dan bagi  Semakan Semula Kurikulum Matematik Tambahan tahun 2003.  Panel Perintis bagi Kerja Projek Matematik Tambahan dan menyumbang kepakaran dalam ’ Problem Base Learning’ anjuran Bahagian Perkembangan Kurikulum . Ketua Panel  Negeri bagi Soalan Percubaan SPM , Peperiksaan PPMSI  dan  Modul Program Berlian  bagi  Zon Negeri Sembilan dan Melaka. Pernal menjadi Panel Pemilihan Buku Teks Tingkatan 4 dan 5.

Pernah membuat pembentangan  dalam Persidangan Kebangsaan ’TECH PREP‘, Anjuran  Jabatan Pendidikan Teknikal, Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia dan  Konvensyen  Matematik Tambahan  Peringkat  Negeri.

Banyak memberi ceramah dan bengkel kemahiran mata pelajaran kepakaran dan motivasi kepada pensyarah, guru dan pelajar Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri. Mempunyai koleksi  sajak dan cerpen. Cerpen bertajuk  ’ kasihku Persis Mutiara ’ dan  Tragedi Oktober ’ telah terpilih sebagai  Antologi bagi Novel Guru Cemerlang Malaysia terbitab tahun 2008 dan 2009.

Penerima  Anugerah  Perkhidmatan Cemerlang  tahun 1996 dan  2007 dan kini merupakan Yang di Pertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Sembilan  2009/2011 serta  sebagai AJK Majlis Guru Cemerlang Malaysia.