Ruangan Kreatif Penulis

Here are some of my cerpens, coretan hati and sajak.

Cerpen

Kasihku Persis Mutiara

Tanggal 12 March 2008. Jam dinding bilik guru menunjukkan  pukul 9.30 pagi. Hari ini keputusan peperiksaan SPM akan keluar. Mengingatkan itu hatiku diburu resah berpanjangan. Spontan hatiku  terasa rindu. Terlalu rindu pada mereka. Lantas aku bangun dan mencari   sesuatu di dalam beg yang selalu aku bawa ke sekolah. Aku mencapai  sekeping sampul surat berwarna coklat yang tertera dengan perkataan Memori 2007 ”. Sampul yang berisi dengan bahan penulisanku seperti sajak, artikel motivasi dan catatan peribadi itu telah aku hadiahkan kepada mereka pada malam terakhir persekolahan. Aku membelek-belek kertas di dalam sampul tersebut  dan aku menarik keluar sekeping kertas yang diberi nama sebagai ”Coretan hati seorang guru ”. Aku membaca baris-baris ayat yang tertera.

Tanpa aku sedari air mataku begitu mudah tumpah bila mengingati kelas ini. Rasa sayang yang begitu mendalam  yang sukar untuk diluahkan dan di gambarkan.Semakin hari terasa mereka begitu dekat dalam hatiku. Ternyata mereka bukan saja telah berjaya mencuri pemikiranku malah hatiku. Selama ini kelas itu sentiasa mencuri pandangan mataku namun tak lama lagi mereka akan pergi” .

Terasa air jernih mula mengenang di kelopak mataku. Aku kuatkan semangat untuk menghabiskan baris-baris ayat yang tercoret di kertas itu. Aku menarik nafas panjang sambil menahan sebak di dada. Aku sandarkan  badanku ke kerusi sambil mencapai  telepon bimbit. Aku membaca  masej-mesej yang dihantar oleh  pelajarku.

” teacher apa khabar …… yang sangat merindui dan menyayangimu teacher  ….. Rizal ”. Ku tersenyum dan terharu menyelinap hatiku. Rizal pelajar yang pendiam dan selalu senyum.

“ Assalamualaikum teacher , cuti ni tak pergi mana-mana ke? … rindulah pulak !! …Fareed ” . Pelajar yang  bertubuh sasa , segak dan sangat aktif dalam banyak  permainan.

“ Mama apa khabar ? sihat ?….. jangan kerja terlalu kuat …. Amir Zakwan “

Amir Zakwan merupakan pelajar yang sering menyampuk dan mengusik rakan-rakan dalam kelas sewaktu pengajaranku.

“Teacher tolong jaga kesihatanmu, teacher selalu dalam ingatan …. Azree “ , pelajar yang bijak , periang dan selalu menghiburkan.

“ Rindu kat teacher , teacher seperti ibu nombor 2 saya….Aniza “

“ Assalamuaalaikum cikgu , sorry kalau ganggu. Tiap-tiap malam saya ingat kat cikgu. Nak ucap selamat malam. Saya sayang  cikgu … Aidil ” .

Terasa lucu bila mengingati pelajar ini .Seorang yang bijak tetapi sangat pemalu terutama dengan pelajar perempuan.

”Selamat pagi! semoga cikgu melalui hari-hari yang indah …. saya selalu teringat kat cikgu … so ..satu satu cara nak hilangkan rindu …saya  buatlah poems ni … I miss you teacher…… Fakrul Radzi  ”.

Pelajar yang telah banyak berubah dan begitu rapat denganku dan rakan-rakan yang lain sejak akhir-akhir persekolahan. Hampir saban hari kuterima  mesej dari  Fakrul Radzi. Aku menyimpan semua masej itu dan kebanyakkan mesej yang dihantar sering membuatku terpaku dan terharu. Masa terus berlalu dan  tak putus putus ku menerima mesej dari mereka. AKu membalas kesemua maseg yang ku terima. Tak lupa juga ku selitkan dengan kata-kata nasihat dan kata peransang untuk mereka.

”Zainah jom pergi kantin” , pelawaku sambil memandang ke arahnya. Cikgu Zainah merupakan guru Sejarah itu memandang ke arahku sambil tersenyum.

” Hai cepat lapar, tunggu kejab boleh” balasnya selamba. ” Okey aku tunggu di luar ” balasku sambil mencapai beg tangan dan berlalu menuju keluar.

Ku berdiri di laluan Bilik Guru. Aku lontarkan pandanganku ke arah sebuah kelas. Dari jauh jelas terpapar tulisan 5 MEKANIKAL 1’ . Bayu pagi yang lembut menyapa wajahku. Spontan kenangan menyorot  kembali.

Aku  mula  mengambil alih kelas itu sebagai guru tingkatan pada awal tahun 2007 menggantikan guru kelas mereka yang bersara. Kelas yang hanya seramai tujuh orang pelajar perempuan dari dua puluh tujuh orang pelajar lelaki itu merupakan sebuah kelas yang tidak menyerlah dari segi keceriaan dan akademik. Bertitik tolak dari itu aku mula memasang impian. Sungguhpun sudah lama aku tidak memegang jawatan ini, namun aku berazam  untuk menjadi guru tingkatan yang baik  dan mampu mencipta  kecemerlangan dalam semua  aspek.

” Pelajar, saya mahu kelas ini menjadi juara dalam pertandingan kebersihan setiap minggu ” kataku pada mereka pada suatu pagi. Mulai saat itu aku mula berfikir dan merancang. ”Petang ni jam 5.30 petang semua datang ke kelas , teacher tunggu ” pesanku kepada mereka. Sebagaimana yang djanji, semua pelajar hadir. Mulai saat itu kami bersama-sama merancang dan berganding tenaga pada setiap petang. Aku menghabiskan banyak masa, tenaga dan wang demi  merialisasikan impian. Tidak lupa pada setiap petang aku membawa kueh-mueh dan minuman untuk mereka.

Kami membuat kelainan. Ruangan papan kenyataan yang selalunya dilabelkan mengikut mata pelajar digantikan dengan ruangan ’Multiple Inteligent ’seperti kecerdasan verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal,Intrapersonal, Naturalis dan Spiritual.

Kata-kata motivasi dan nasihat juga dilekatkan dengan rapi di dinding  hadapan dan belakang kelas. Moto kelas yang berbunyi ’DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN’ telah membuatkan para pelajar teruja. Misi dan Visi kelas yang berwawasan dapat memberi gambaran yang jelas akan apa yang perlu dicapai.

Di sudut sebelah kanan  papan hitam  aku khaskan suatu ruangan motivasi. Di situlah aku menulis kata-kata motivasi dan kata peransang yang akan aku tukarkan selang beberapa hari.

” Pelajar, minggu depan teacher tiada, jaga diri dan  pasti saya akan merindui kamu semua”, kataku  setiap kali aku terpaksa bertugas di luar atas urusan resmi.

” Kami sayang teacher, teacher sentiasa di hati kami ….”., masej dari Haris .

”Assalamualaikum teacher, dah 2 hari tak nampak teacher…sungguh pun teacher tiada bersama kami namun kami semua dapat merasakan kasih sayang teacher yang mengalir dalam diri kami dan menerangi kelas 5M1 …. ”.Masej dari Farid membuatkan aku  sungguh terharu

Segala anugerah atau penghargaan yang aku terima juga aku letakkan di suatu sudut, agar  menjadi contoh dan seterusnya memotivasikan mereka. Usaha kami berhasil apabila mendapat  tempat pertama dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas sepanjang tahun. Justeru kami telah menerima hamper barangan makanan ringan berserta sijil penghargaan dari pihak sekolah pada akhir tahun.

”Sempena  Bulan kemerdekaan, sekolah akan menganjurkan pertandingan  Bulan Patriotik di antara kelas. Kelas yang berjaya mendapat tempat pertama akan berpeluang mengikuti rombongan sekolah”, umum Cikgu Zainah pada suatu pagi. Mendengar pengumuman itu hatiku mula bertekad untuk menyahut cabaran itu. Bukan kerana hadiah yang ditawarkan tetapi lantaran cabaran kejayaan yang ingin aku terap dalam diri anak didikku.

” Pelajar, teacher nak kelas ini menjadi johan dalam pertandingan  antara kelas sempena minggu patriotik ’ kataku pada keesukan harinya.

Pelajar, semakin kita sibuk semakin kita cemerlang dan jangan mati dalam hidup”, sambungku. Itulah kata-kata peransang yang selalu aku pasakkan di telinga anak didikku.

Demi membakar semangat mereka, ku telah menulis suatu artikel yang di namakan ’ KEHADIRAN YANG BERMAKNA’. Artikel ini aku tampalkan di dalam kelas.

Tangis dan ketawa, suka dan duka, gembira dan kecewa silih berganti dalam kehidupan. Kehadirannya pasti akan mencorakkan  warna–warna kehidupan kita.Tentu sekali kita gembira bila kejayaan menjelma dan kekecewaan melanda perasaan bila kegagalan mencengkam.

Sebenarnya kita perlu mewarnai  kehidupan ini dengan kejayaan demi kejayaan. Ciptalah kejayaan yang kecil dahulu dan seterusnya kejayaan yang  lebih besar dan bermakna. Ianya akan membuatkan kita tidak ‘mati’ dalam hidup. Kadang-kala  kita juga bimbang jika kita akan tidak begitu tabah dan hilang pertimbangan dalam menempuh  kegagalan. Lebih membimbangkan lagi sekiranya  kegagalan  itu  silih  berganti dan berpanjangan.

Namun harus juga diingat bahawa bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora dan sesungguhnya langit tidak selalu cerah. Ingatlah bahawa kegagalan  juga mampu membawa masej  tersendiri, yang  boleh  memberi pengajaran, kesedaran dan  ketabahan.

Walau apa pun harus diingat pada ketentuan Allah. Sebenarnya kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan. Berdoalah agar kehidupan kita ini sentiasa  dibungai dengan kecemerlangan, dibajai dengan kasih sayang dan keberkatan yang berpanjangan. Jadikan kehadiran kita di dunia ini  sebagai kehadiran yang bermakna, bak kata pepatah ‘hilang tidak dapat dicari, pergi tidak berganti’ .

Kami mula merancang sesuatu kelainan agar dapat meraih kemenangan. ”Teacher nak buat apa dengan benda-benda ni ?, tanya Amirul apabila melihat aku membimbit  ubi kayu, serbuk kopi, cawan, gula dan sebuah dulang.

”Kita buat  sudut yang diberi nama makanan popular selepas kemerdekaan , balasku  selamba. Amirul  mengerutkan keningnya sambil mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali . Aku tersenyum melihat gelagatnya.

Di suatu sudut yang lain kelihatan Amir Zakwan, Rezaq, Zaidi dan Hafiz sedang menyusun barisan askar, kereta kebal, lidi, daun kayu, pasir dan tanah  untuk menggambarkan medan peperangan antara Askar Melayu Di Raja dengan tentera Jepun. Di bahagian belakang kelas pula kelihatan Aishah, Syazana dan Nur Izzati sedang memaparkan bahan cetakan mengenai rentetan peristiwa sebelum dan selepas kemerdekaan. Gubahan jambangan bunga daripada  bendera Malaysia oleh Puterimaz Nurul Izzati, Hazirah dan Anisa  kelihatan sungguh unit dan menarik.

”Teacher, kita tak letak gambar tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ke? tadi saya nampak gambar-gambar tu di perpustakaan sekolah , cantik  teacher ” kata Moza. Moza kelihatan sangat segak dengan t-shirt merah yang dipakainya.

” Perlukah kita letak ? ” tanyaku sambil memandang tepat ke arahnya. ”Perlu teacher, tapi mahal sangat …. duit kelas dah habis ” balas Moza jujur. ”Tak apa , jangan risau .. mari pergi tengok”, balasku penuh semangat. Moza kelihatan begitu riang apabila aku  membeli gambar-gambar tersebut.

”Setiap pelajar sila tulis kata ucapan sempena hari kemerdekaan pada kad ini dan gantungkan ia pada ranting pokok di belakang sana kataku memberi arahan sambil mengedarkan keratan kad daripada kertas manila. ”Shafiqudin, Amal dan Hafiz tolong balut ranting pokok itu dengan kapas ini supaya kelihatan lebih menarik”, ujarku lagi.

”Teacher duit kelas dah habis, banyak lagi barang yang hendak dibeli” lapor bendahari kelasku, Farid. Aku memandang ke arahnya dengan senyuman.

”Jangan bimbang …beritahulah, teacher akan belikan”, balasku mesra. Setiap petang aku hadir bersama–sama mereka untuk memastikan  segala yang dirancang  terlaksana sebaik mungkin.

Di perhimpunan rasmi sempena penutup Bulan  Kemerdekaan yang di adakan di Dewan Besar, sebagaimana yang telah diduga  kelas 5 Mekanikal telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Tepukan gemuruh bergema  dan aku tersenyum puas bila melihat  ketua kelas, Iqbal mengambil hamper barangan makanan ringan beserta dengan sijil  penghargaan daripada pengetua.

” Saya bangga mempunyai pelajar seperti kamu, syabas. Inilah erti sebuah kejayaan ” kataku sewaktu masuk ke kelas sejurus selepas kemenangan itu diumumkan. Suaraku mula sebak  menahan air mata yang hampir menitis. Cepat  aku memalingkan wajahku dari pandangan mereka. Tiba-tiba suasana menjadi senyap. ”.

” Kami nak ucapkan terima kasih pada teacher diatas segala dorongan dan kesungguhan teacher, kami rasa amat bertuah mempunyai guru seperti teacher ” Kata-kata itu membuatkanku menoleh semula ke arah mereka. ” Hmm .. ” balasku sambil mengangguk . Air mata kegembiraan menitis laju.

Kebiasaannya sekitar jam 10.00 malam aku akan menyediakan makanan dan minuman untuk di bawa ke sekolah. Bila sampai di perkarangan sekolah aku akan memadamkan  lampu kereta sambil memperlahankan kenderaan. Namun begitu kehadiranku tetap disedari. Selang beberapa minit kemudian beberapa orang pelajar datang menuju ke keretaku.

” Teacher, teacher bawa apa?” sapa Moza dengan nada riang , pelajar yang berkulit  cerah , tinggi dan segak. Pelajar yang lain turut tersenyum.

“Malam ni teacher bawa air buah-buahan, kari ayam dan roti”, balasku  bersemangat. ”Wow sedapnya”, sampuk Haris girang, pelajar yang berambut tegak dan berkening lebat.

Mereka berebut-rebut membawa bakul yang berisi makanan, gelas dan mangkuk dan meletakkannya di atas meja guru. Aku memerhatikan gelagat mereka dari belakang. Hatiku terhibur. Terasa mereka seperti anakku. Aku sendukkan air buah dan juga kari ayam ke dalam mangkuk lalu menghulurkannya kepada mereka.

“Teacher bubuh penuh lagi, “ pinta Khaliliah tanpa segan. ” Ish..dah lah tu .. ” usik  Zaidi. Terhibur melihat gelagat mereka. ”Teacher tak makan sekali?’ pelawa Izzati , pelajar yang begitu manja denganku. ”Makanlah, teacher  dah kenyang”, balasku. Sebenarnya aku lapar namun aku sembunyikan di sebalik senyuman. Sambil itu aku mengambil peluang untuk membantu pelajar-pelajar yang masih belum menguasai konsep atau penyelesaian masalah dalam mata pelajaran yang aku ajar.

Hampir setiap malam  aku meluangkan masa bersama  mereka sehingga jam 11.30 malam. Sebelum balik sempat aku bertanya ”Besok nak teacher datang lagi? ”. Aku berpura-pura bertanya sambil menatapi wajah-wajah kesayanganku itu. Kelihatan mereka tersenyum-senyum .

”Malu nak jawablah teacher…. sebenarnya mahu tapi malu ”, balas Suffian sambil menutup mukanya dengan  sebuah buku dan diiringi dengan gelak ketawa rakan-rakan yang lain. Suffian merupakan pelajar yang sangat kreatif  dan banyak menyumbang  tenaga dan idea dalam keceriaan kelas.

Namun hati kecilku mengerti bahawa mereka memang mengharapkan kehadiranku. Mereka beramai-ramai akan mengiringi kepulanganku dengan lambaian. Aku membalas lambaian mereka  dengan mesra.

” Nazmi kamu ada  buku rujukan?”, tanyaku untuk mendapat kepastian. Nazmi seorang pelajar yang pandai, baik, rajin, jujur, bertanggung jawab. Sebenarnya aku telah menyelidik latar belakang keluarga Nazmi daripada Cikgu Rosimah dan Cikgu Latipah.

”Tak ada cikgu”, balas Nazmi jujur. ” Nah ambil ini, teacher belikan …. teacher ikhlas”’ kataku sambil menghulurkan buku Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Aku gembira melihat cahaya kegirangan terpancar di wajahnya.

Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Khaliliah dari kelas 5  Mekanikal 1, semuga panjang umur dan sukses dalam SPM” .

Pengumuman melalui radio sekolah sewaktu masa rehat itu telah membuat aku tersentak. Khaliliah seorang pelajar yang pandai, manja dan menghiburkan, namun kurang keyakinan diri. Mendengar itu aku bergegas menuju ke koperasi dan membeli buku-buku rujukan untuk dihadiahkan kepadanya.

”Terima-kasih teacher, budi teacher tak dapat saya balas”, kata khaliliah dengan wajah sedih. Aku mengangguk sambil tersenyum. Semuga kamu menjadi insan cemerlang pada suatu hari nant , bisik hati kecilku.

Hari  demi hari mereka semakin rapat dan begitu manja denganku. Kadang kala  aku berikan kad dan pelbagai cendera hati kepada  mereka.

”Teacher, hari ini genaplah umur saya 17 tahun. Sepanjang hidup saya, teacherlah guru terbaik yang pernah mengajar dan mendidik saya. Saya harap teacher akan meneruskan kecemerlangan dalam hidup … Farid”. Terharu dengan kata-kata itu. Aku menghadiahkan kad ucapan dan cendera hati dan tak lupa juga aku membawa  makanan yang  aku masak  untuknya.

Matematik Tambahan adalah di antara mata pelajaran yang digeruni  oleh kebanyakkan pelajar. Menyedari hakikat itu, aku menggunakan segala pengalaman dan kepakaranku selama 25 tahun mengajar mata pelajaran ini. Aku mempelbagaikan  kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menyampaikan  konsep dan memantapkan kemahiran penyelesaian masalah. Pendekatan kontekstual, kecerdasan pelbagai dan kontruktizam dengan mengadakan aktiviti pembelajaran , penggunaan lembaran kerja, perisian Goemeter’s Sketchpad dan  Power Point. Ternyata ianya bukan hanya membolehkan mereka  menguasai mata pelajaran ini dengan baik, malah mereka mula menyukai mata pelajaran ini. Sebelum  memulakan sesuatu tajuk baru aku akan terangkan keperluan dan kepentingan serta mengaitkannya dengan alam pekerjaan dan kehidupan. Mereka kelihatan sungguh teruja dengan pendekatan tersebut.

”Cikgu mengajar dengan lemah lembut, tetapi dapat menyampaikan  maklumat dengan tepat dan mudah difahami, ”begitulah coretan dari Fazirul apabila aku  meminta mereka memberi komen tentang cara pengajaranku. Fazirul telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam mata pelajaranku dan telah terpilih sebagai ahli Kelab Elit.

”Pada mulanya saya kurang senang dengan kehadiran cikgu, mungkin saya tak biasa dengan cara pendekatan pengajaran cikgu yang berbeza dengan cikgu yang terdahulu. Namun selepas dua tiga kelas bersama cikgu, saya mula berasa senang kerana lebih mudah memahami dan mengingati” , begitu pandangan dari Amal Safuan, juga  salah seorang ahli Kelab Elit dan merupakan antara 10 pelajar paling top di sekolahku.

”Cikgu adalah cikgu yang pertama saya jumpa yang berbeza dari cikgu saya sejak tadika, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh ” catatan Aidil yang merupakan pelajar paling top di sekolahku.

Semua  komen dari mereka aku simpan kemas dalam sebuah fail khas. Ianya mampu memberi suntikan peransang untuk aku  memperbaiki lagi pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran aku pada masa  yang akan datang.

” Pelajar, teacher harap  kelas ini akan mencapai gred purata terbaik mengikut target sekolah, bolehkan?”, pintaku . ”InsyaAllah teacher ” kedengaran jawapan daripada sebilangan pelajar.

”Kenapa hanya beberapa orang saja yang menjawab?”, soalku dengan menunjukkan mimik muka  tidak puas hati. ”InsyaAllah teacher’ kedengaran jawapan yang serentak dan lebih bertenaga. ” Bagus tetapi setiap pelajar mesti cemerlang” ujarku sambil melemparkan senyuman.

Mulai  hari itu aku mula berfikir dan mengatur strategi untuk merialisasikan impian itu. Selang beberapa hari kemudian ….” untuk mencapai gred purata target sekolah setiap orang dari kamu mesti mencapai keputusan mengikut yang saya sediakan ini’ kataku bersemangat sambil  menunjukkan kertas berwarna hijau yang aku genggam. Aku mengedarkannya kepada setiap pelajar. Kegelisahan terpancar di wajah mereka. Ada yang mengerutkan kening, menggaru kepala dan ada yang terpaku.

” Teacher, tengok target ini pun saya sudah rasa nak demam! ”. kata  Azree.

” AIamak tingginya ”, terdengar lagi rungutan . Suasana kelas menjadi sedikit riuh rendah.

” Pelajar-pelajar sekalian, saya sedar mungkin kamu tidak selesa dengan target yang saya letakkan,namun yakinlah pada diri dan percayalah pada hati. Jika saya begitu yakin dengan kemampuan kamu mengapa kamu tidak yakin pada diri sendiri ?”, tegasku dengan tenang sambil memandang wajah mereka satu persatu.  Mereka tunduk.

” Pelajar jangan mati dalam hidup’, baiklah esok selepas waktu sekolah, semua tunggu saya di makmal  Komputer Baru .  Ada hal saya nak bincang dengan kamu semua,” kataku sambil berlalu.

Sebagaimana yang dijanjikan, mereka telah berkumpul pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Suasana menjadi senyap apabila aku melangkah masuk.

” Pada  petang ini saya mahu setiap pelajar meluahkan perasaan, mungkin rasa tidak puas hati terhadap  saya atau rakan kamu. Saya mahu selepas ini kemesraan dan persahabatan akan wujud di antara kamu semua dan semestinya saya mahu setiap kamu berusaha serta saling bantu membantu demi  mencapai misi dan visi kelas kita. Untuk itu saya minta Moza mulakan, silakan,” semua mata tertumpu  ke arahnya.

Moza kelihatan gelisah  dan  agak keberatan. Namun atas desakan rakan-rakan, Moza bangun perlahan-lahan. ” Saya rasa tak puas hati dengan Nazmi.. kalau saya tanya dia akan suruh saya baca dulu atau tanya orang lain ’ ujarnya dengan lantang.

Kami semua memandang ke arah Nazmi. Dia kelihatan terpaku. ” Baiklah, ada sesiapa lagi nak beri respon?”, pintaku.

”Saya dah kenal lama dengan Nazmi … sejak dari tingkatan satu lagi . Dulu dia tidak begini , macam tak nak layan je!. Kadang-kadang bila saya pergi ke kelas prep malam untuk belajar, saya lihat semua pelajar sibuk dengan hal masing-masing. Saya pura-pura berjalan di koridor kelas dengan harapan ada yang memanggil saya untuk sama-sama belajar. … namun tiada siapa yang pedulikan saya,” rintih Amir Zakwan dengan nada sedih.

Mendengar pengakuan itu aku merasa simpati dan rasa geli hati pun ada. Kali ini aku lihat Nazmi mengangkat tangan ingin menyatakan sesuatu. Nazmi tidak dapat menahan sebak , air matanya menitis .

”Sebenarnya saya bukan sombong, saya pun bukannya pandai sangat dalam  Kimia dan Fizik, sebab itulah saya minta mereka cuba tanya orang lain dulu,” balas Nazmi sambil mengesat air matanya. Suasana bertukar suram. ’Cikgu saya nak cakap sesuatu,” pinta Rizal. Aku mengangguk.

” Saya kenal Nazmi, kalau korang tak rapat,  dia nampak macam sombong tapi dia tak macam tu, dia suka membantu.” Suasana mula menjadi hangat.

”Cikgu saya nak cakap sikit.”, celah Fazirul sambil mengangkat tangan. ” Pasal Amir tadi … tak payahlah tunggu kita orang panggil , kalau rasa nak belajar join je lah kita orang, belajarlah sama-sama.”

”Aidil, ada apa yang awak nak kata?” pelawaku. Sambil tersenyum Aidil meluahkan perasaan. ” Saya tak suka dengar mereka banyak cakap dan cakap benda yang bukan-bukan, lagi satu bila saya cakap dengan Aniza mereka ejek  saya,” aku senyum mendengarnya. Suasana kembali gamat.

” Cikgu, cikgu saya nak jawab ”  Farid terus berdiri dan kelihatan tidak sabar.

” Sayalah orang yang Aidil maksudkan itu… sebenarnya saya perhatikan  tiga  bulan sekali pun jarang tengok Aidil cakap dengan perempuan.Jadi bila saya lihat dia cakap dengan Anisa saya rasa pelik teacher, bukan ape-ape,” penjelasan Farid itu disambut oleh gelak ketawa dari rakan yang lain.

Faqrul Radzi pula bangun .” Saya rasa terasing, sering diejek dan diperlekehkan , saya rasa tiada kawan,” kata Fakrul Radzi dengan nada sedih.

Fazirul berdiri sekali lagi. ”Sebenarnya kita orang tak senang hati, sebab bila kami tegur awak melenting dan marah-marah. Dulu dah okey sikit tapi sekarang dah buat perangai balik! ” jelasnya dengan nada kesal. ”Saya rasa sikap awak tu membuatkan suasana kelas menjadi tak selesa, kau berubahlah.” sampuk Azree. ”

Bagaimana dengan yang lain ?”, soalku mencari kebenaran. ”Kami yang lain pun rasa begitu ” celah Syafiquddin.

Aku memandang ke arah Faqrul, aku lihat dia tunduk sedih.” Fakrul sekarang saya beri peluang pada awak untuk kata sesuatu,”

Dengan agak keberatan ku lihat Faqrul bangun perlahan-lahan, sambil tunduk dan dengan nada kesal  ”Saya minta maaf kepada semua, saya tak sedar yang saya banyak melukakan hati kau orang semua…saya akan cuba berubah… kau orang bantulah saya ye?”, pohonnya dan air matanya mengalir.

” Pelajar perempuan, ada apa yang kamu nak katakan?” kataku sambil memandang ke arah sekumpulan pelajar perempuan. Mereka saling berpandangan.

Perlahan-lahan  Anisa bangun .” Saya rasa tersisih, saya tiada kawan rapat”, luah Anisa  dengan suara tersekat-sekat,” …. sebab Nur Izzati rapat dengan Hazirah, Puterimaz pula rapat dengan Syazana”, sambung Anisa. Air mata mula bertakung di kelopak matanya.

Suasana kembali sepi. Hazirah mengangkat tangan sambil memandang ke arahku. Aku mengangguk .”Janganlah cakap begitu, kami tak pernah sisihkan awak … kita kawan ye!”, pujuk Hazirah.

Di akhir pertemuan hati ke hati itu  aku meminta agar mereka semua bersalam-salaman dan bermaaf-maafkan antara satu sama lain. Mereka berpeluk-pelukan  dan entah mengapa tiba-tiba hati aku menjadi sayu. Dadaku sebak dan merasai satu kepuasan yang sukar untuk diceritakan. Air mataku mengalir deras.

” Bayarlah air mata saya ini dengan keputusan cemerlang kamu dalam peperiksaan SPM nanti,”suasana  sungguh sayu.

” Teacher, saya nak minta maaf jika selama ini saya melukakan dan menyakitkan hati teacher, teacher adalah idola saya  dan halalkan segala ilmu dan makan minum ”, ujar Rizal dengan wajah sayu. ” Ya, teacher halalkan semuanya sejak dulu lagi ”, balasku dengan air mata berlinangan. Kami  sama-sama menanggis.

Masa berlalu dan  aku dapati  perubahan yang ketara, mereka kelihatan lebih akrab manakala  Faqrul dan Amir telah lebih tekun belajar. Rizal, Sufian, Rezaq, Amirul dan Hafiz telah menunjukkan peningkatan yang memeranjatkan. Hati kecilku bersyukur dengan perubahan positif itu.

Kelas itu  telah memenangi tempat pertama dalam kategori gred purata terbaik  dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM. Ramai pelajar dari kelas itu telah terpilih menjadi ahli kelab Elit, yang menjadi impian ramai pelajar di sekolah itu.

Dalam Anugerah Bintang Cemerlang, mereka selalu muncul sebagai pelajar terbaik dalam banyak mata pelajaran dalam setiap ujian dan peperiksaan. Pelajar terbaik dalam Peperiksaan Percubaan SPM seluruh tingkatan lima masih dipegang oleh Aidil, Iqbal pula berada di tempat ketiga manakala Amal Safwan  menduduki tempat kelima . Malah analisis  menunjukkan separuh daripada  20 pelajar terbaik adalah dari kelas tersebut.

Dalam bidang kokurikulum pula ramai pelajar dari kelas tersebut telah mewakili pasukan sekolah dalam pertandingan peringkat daerah dan negeri dalam banyak permainan. Amir Zakwan telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dalam permainan Bola Tampar manakala Farid  berjaya ke peringkat kebangsaan dalam permainan Tenis.

”Tahniah pelajar-pelajar  terutama Amir Zakwan dan Farid  kerana penglibatan  aktif kamu dalam bidang kokurikulum. Ianya sangat baik kerana banyak  soft skill  yang dapat kamu pelajari……keseimbangan ini adalah penting dalam pembentukkan sahsiah dan keterampilan diri,”jelasku.

”Jom pergi”, suara Cikgu Zainah telah mematikan lamunanku.Tanpa berlengah aku mengekorinya dari belakang. Setibanya di kantin kami memesan  bihun kari dan  nescafe.

“Agaknya bagaimana keputusan  Add Math kelas you Zie? “ tanya Cikgu Siti Hajar , Guru Bahasa Inggeris yang bertubuh gempal dan peramah “.

“ Mestilah okey “, sampuk Cikgu Norbaya, Guru Matematik Tambahan yang periang  yang juga merupakan  Setiausaha Peperiksaan

“Insyaallah ” jawabku ringkas.

” Keputusan SPM  telah  pun sampai di bilik pengetua ” kata Cikgu Ramlah sejurus menerima panggilan dari pejabat.

Kami cepat-cepat menghabiskan makanan lalu  bergegas ke bilik pengetua. Hati ku berdebar-debar

” Seramai 4 orang mendapat straight A , 3 orang dari 5M1”, Kata Cikgu Latipah sambil tersenyum girang.

” Amal, Fazirul dan Iqbal, teacher bangga dengan kamu semua,tahniah ”, ucapku kepada mereka bertiga.

Zaidi telah mendapat 9A , Klaliliah dan Aidil mendapat 8A , Nazmi mendapat 7A manakala Fared, Nurul Izzati, Moza dan Syafiquddin mendapat 6A. Lebih mengembirakan aku apabila kelasku mendapat gred purata yang terbaik.

Sebelum kami berpisah, aku menggambil kesempatan untuk memberi nasihat dan peransang kepada mereka. Aku  berikan nukilan sajak yang aku cipta kepada setiap pelajar

’ OMBAK PERPISAHAN ’

Tidak terdaya untuk melawan

Tidak mampu untuk bertahan

Tiada kuasa untuk menentang

Oh….kenangan

Melintasi kamar fikiran

Melewati jendela malam

Meniti diruang ingatan

Bukan mudah mencetus kemesraan

Payah juga mengecap kepuasan

Bukan senang menikmati kedamaian,kendahan

Apatah lagi kerjasama,kepercayaan dan keikhlasan

Mendungkah hati resahkah perasaan

Pudarkah kenangan hapuskah kemesraan

Ombak perpisahan semakin hampir

Perginya nanti membawa wajah

Wajah yang tenang,tabah

Wajah yang mekar dalam ingatan

Wajah yang segar dalam kenangan

Pasti

Aku berdoa agar di penghujung hayatku nanti ku masih mampu memberi senyuman terakhir buat mereka. Harapan aku agar mereka semua akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Terima kasih pelajarku kerana sudi menerimaku sebagai guru serta mengizinkan aku  mendoa dan mengenangmu. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu dan ingatlah bahawa kasihku  tidak terbatas waktu dan tidak mengenal jemu, kasihku yang persis mutiara….”

Akhirnya kami  berpisah dan air mata menitis lagi ….

————————————————————————————————————————————————–

Tragedi Oktober 2008

Jam dinding bilik guru menunjukkan  pukul 4.30 petang. Aku menyusun kembali buku-buku dan kertas yang berselerakkan di atas mejaku. Memang telah menjadi kebiasaan aku berbuat demikian setiap hari sebelum  pulang ke rumah. Selepas memastikan meja kemas dan tersusun rapi, aku mencapai beg kerja yang sarat berisi buku latihan pelajar dan terus berjalan menuju ke kereta.

Aku menekan punat radio, lagu Tragedi Oktober sedang berkumandang. Aku cuba menghayati senikata lagu  itu,. Tajuk lagu tersebut telah mengingatkan aku pada suatu memori sedih ….. Tragedi Oktober 2008.

Tanggal 10 oktober, 12.36 tengahari sewaktu membaca akhbar di ruang tamu aku menerima suatu mesej

–  Assalamualaikum cikgu. Sedang buat apa?, cikgu sihat?. Mesej dari pelajarku Fazirul yang kini sedang mengikuti kursus di Shah Alam untuk persediaan ke Jepun. Fazirul  memang kerap  menghubungi aku bertanya khabar

–  Alhamdulillah, cikgu sihat., terima kasih. Fazirul di mana? sihat?. Balasku

–  Saya ada di rumah, saya sakit cikgu. Dua hari lepas saya telah menjalani Ujian Imbasan CT dan MRI Ada ketumbuhan dalam kepala saya. Ketumbuhan itu di luar otak tetapi telah menolak otak saya. Minggu depan saya akan menjalani rawatan lanjutan di Hospital Kuala Lumpur.

Terpaku aku menatap mesej itu. Aku baca berulang kali., seperti tidak mahu percaya pada apa yang aku baca.

–       Fazirul jangan begini, tolong jangan bergurau dengan cikgu .

Perasaanku cemas menunggu jawapan daripada Fazirul. Aku amat berharap agar Fazirul hanya bergurau.

–  Cikgu jangan  sedih dan  menangis, mesti kuat semangat seperti saya. Apa-apa maklumat lanjut saya akan maklumkan nanti. Assalamualaikum

Aku terduduk kaku. Nafasku  seakan terhenti seketika. Air jernih mula mengenang di kelopak mata. Agak lama aku begitu, namun pesanan dari Fazirul tadi  telah menguatkan semangatku. Aku segra menghubungi Cikgu Latipah, guru kelasnya semasa di tingkatan lima. Cikgu Latipah, begitu terperanjat., kami sama-sama sebak.

Malam itu begitu sukar bagiku memejamkan mata. Pelbagai persoalan  bermain di minda. Mampukah dia menerima semua ini? Mampukah dia bertahan?. Mengapa nasibnya begini?. Namun aku akur pada ketentuan Allah  yang mengetahui dan menentukan segalanya.

Lamunanku berterusan  “ Berikut saya bacakan nama-nama pelajar yang telah terpilih sebagai pembimbing bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Ada seramai sepuluh orang semuanya, Aidil, Amal Safwan, Fazirul, Nazmi, Khaliliah, Azri, Zaidi, Iqbal , Izzati dan Hazirah. Tahniah dan saya berharap kamu semua dapat menjadi pembimbing yang berkualiti Sila berdiri semuanya dan yang lain berikan tepukan”.

Fazirul, pelajar yang berkulit cerah, tinggi, memiliki rambut dan kening yang lebat adalah merupakan anak bongsu Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa sekolahku. Perubahan sikap Fazirul begitu ketara selepas itu. Dia  memberikan sepenuh tumpuan sewaktu  pengajaran yang akhirnya terpilih sebagai ahli Kelab Elit yang menjadi impian ramai pelajar lain.

Paling ketara, Fazirul amat ikhlas membimbing rakan. Bakat kepimpinannya begitu terserlah. Dia  berusaha memastikan rakan yang dibimbingnya benar-benar faham.  Berkat usahanya serta doa daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan, Fazirul telah membuat kejutan dalam Peperiksaan  SPM  2007 dengan mendapat 10A.

“Fazirul, apa cita-cita awak?” tanyaku sewaktu  jamuan akhir kelas. “ Saya nak jadi Jurutera litar F1 “, balasnya  dengan wajah ceria. Kami berbual  agak lama. Dari perbualan itu aku  merasakan Fazirul adalah seorang remaja yang bercita-cita tinggi, berjiwa besar dan mempunyai wawasan dalam hidupnya. Di sudut hati  aku berdoa agar Fazirul mendapat apa yang diimpikan itu. Selang dua hari kemudiannya aku menerima lagi mesej dari Fazirul.

– Cikgu, doktor dah sahkan  kanser tahap 4. Ia terlalu besar dan ganas.Telah mula merebak  sedikit ke tulang belakang. Isnin depan saya masuk wad dan akan menjalani rawatan kimoterapi setiap hari.

Sekali lagi aku terpaku. Aku cuba mententeramkan hati dan perasaan yang tidak menentu. Aku  beristighfar berkali-kali sehingga perasaanku kembali reda. Aku membalas mesej.

– Fazirul ingatlah pada kekuasaan Allah yang pengasih lagi penyayang. Hanya insan yang mampu dan tabah akan diuji sehebat ini. Semoga Allah akan menitiskan kasih sayang dan belas kasihan  sepanjang Fazirul menjalani rawatan nanti. Tanpa berlengah aku terus memaklumkan perkara itu kepada pengetua, guru penolong kanan, warden  dan guru-guru yang lain di sekolah.

Pada 14 Oktober, guru penolong kanan  memaklumkan yang aku di kehendaki menghadiri mesyuarat  Penyediaan Takwim 2009 di Port Dickson. Ramai guru lain juga turut terlibat. Justeru kami merancang untuk melawat Fazirul sebelum  mengadiri kursus  dan sebelum  dia  pergi menjalani rawatan ke Hospital Kuala Lumpur.

“Saya risau, apakah dia mampu bertahan dengan kesan sampingan dari rawatan kimoterapi itu”, suaraku  semasa kami bersarapan pagi di kantin. “Dia akan diberi suntikan yang dijangka mampu membunuh sel kanser namun pada masa yang sama ia turut  membunuh sel yang lain. Kesan sampingannya begitu dahsyat “, sampuk rakanku. Mendengar  itu hatiku menjadi begitu risau.

“ Selalunya rambut akan gugur, cirit-birit, muntah dan kulit akan kelihatan seperti terbakar malah ada yang tidak sempat menghabiskan rawatan itu ”, kata rakanku yang lain. “ Wah,  begitu menakutkan ! “ , bisik hatiku.

Petang itu kami pergi ke rumah Fazirul di Bukit Cedang. Kehadiran kami disambut mesra oleh kedua ibu bapanya. “ Fazirul di atas, dia baru saja naik mandi, nanti saya panggilkan”, jelas ibunya.

Selang beberapa minit kemudian Fazirul pun muncul. Alanglah terperanjantnya aku melihat Fazirul. Seperti tidak percaya jejaka segak yang dahulunya sentiasa ceria kini kelihatan tidak bermaya. Badannya begitu kurus dan  mukanya cengkung . Aku hampir menitiskan air mata memandangnya namun aku dapat mengawalnya.

Fazirul duduk di atas kerusi dengan kedudukan menyerong. Kami difahamkan yang berat badannya telah turun sebanyak 15 kilogram dalam tempoh 2 bulan, manakala penglihatan mata sebelah kanannya tidak jelas. Dia hanya menggunakan mata kirinya sahaja untuk melihat.

Kami berbual panjang. Ibu bapanya memaklumkan bahawa selain daripada perubatan moden, mereka juga berusaha dengan cara perubatan traditional. Sekali sekala ibunya menitiskan air mata. Suasana begitu menyayat hati.

Sebelum  beredar, Aku menghulurkan sedikit sumbangan daripada  Persatuan Ibu bapa sekolah dan tidak lupa juga kami berikan kata perangsang kepada Fazirul dan kedua ibu bapanya. Kami berpelukkan dengan ibu Fazirul . Aku menatap wajah Fazirul dan  memohon izin dari ibunya untuk memegang pipinya. Rasa kasih dan perasaan keibuan menyelinap dalam jiwaku.

Sekembali dari rumah Fazirul aku terus menghantar masej kepada rakan sekelasnya agar mereka meluangkan masa untuk datang menziarah Fazirul. Mereka akur dengan permintaanku.

Sepanjang berkursus aku dilanda keresahan memikirkan keadaan Fazirul yang sedang menjalani rawatan kimoterapi. Aku membaca kembali mesej yang dihantar oleh Fazirul pada awal paginya.

–  Cikgu, saya ditempatkan di Klinik  Radioterapi , Tingkat 3, Wad 3C bilik nombor 5..

Aku cuba menghubungi Fazirul dan ayahnya, namun tiada balasan. Namun pada sebelah malamnya aku menerima mesej daripada bapa Fazirul.

–  Hari ini Fazirul terima rawatan sebanyak 6 botol kimo , 2 botol air dan 1 botol antibiotik. Dia muntah 2 kali dan tidur keletihan sepanjang hari.

Mesej itu sungguh menyedihkan  dan aku hanya mampu berdoa agar Allah meringankan penderitaan yang ditanggung oleh Fazirul.

Jarum jam telah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku membuka jendela bilik penginapan,. Suasana hening dan dingin Aku lontarkan pandangan menembusi kelam malam. Bayu  malam membelai wajahku. Ingatanku masih tertumpu pada Fazirul. Lantas aku mencapai pena lalu aku titipkan sebuah sajak khas  untuknya.

Oh  Tuhan

Apakah ini takdir darimu

Benarkah ini dugaanmu

Mungkinkah ini kasih dan cintamu

Menjelma wajah itu ..Tergiang suara itu

Hatiku didamba rindu

Tergambar segak tubuh itu

Namun kini   lesu …. Layu

Perasaan dihuni sayu, pilu

Memori lalu menjengah minda

Kau yang selama ini ku kagumi

Kemesraanmu , kesungguhanmu , kerajinan dan semangatmu

Mempersona hatiku.

Alangkah indah jika dapat menemanimu

Meringankan kesedihan …menghapuskan  kedukaan …

Menghilangkan kesakitanmu

Semoga ada penawar sakitmu

Seandainya itu suratan hidup buatmu

Sabarlah,redalah sayang

Doaku iringkan dalam solatku …. saban  waktu

Semuga ada kesempatan untuk kita ketemu

Berbicara … berutus khabar seperti selalu

Ke mana rawan jiwa dapat dikesampingkan

Fazirul selalu dihati cikgu

Sekembalinya dari mesyuarat, aku terus memperbanyakkan sajak  tersebut dan memaparkanya pada papan kenyataan setiap kelas tingkatan 5.  Aku ceritakan apa yang terjadi. Mereka amat bersimpati dan ada dari kalangan mereka yang mengenali Fazirul. Aku memohon agar mereka sentiasa mendoakan  Fazirul agar cepat sembuh.

–  Cikgu saya dah berada di rumah. Doktor benarkan saya balik ke rumah selama seminggu sebelum menyambung rawatan  semula.

Segera aku hebahkan berita itu kepada rakan  guru. Dan pada hujung minggu tersebut kami sekali lagi beramai-ramai menziarahnya. Alangkah bersyukurnya bila melihat keadaan Fazirul yang  bertambah sihat dan bertenaga.

Kesan keguguran rambut kelihatan tidak begitu ketara, mukanya kembali bersinar.. Namun mata kanannya masih lagi tidak dapat melihat dengan baik. Kami di maklumkan bahawa doktor akan cuba merawat matanya.

Hari-hari seterusnya aku yakin yang Fazirul akan menerima banyak lagi rawatan. Aku berdoa agar Fazirul akan sentiasa tabah serta sembuh sepenuhnya. Harapanku agar suatu ketika nanti aku berkesempatan menghantar Fazirul ke Lapangan Terbang Antara Bangsa yang akan menerbangkannya   ke JEPUN.

—————————————————————————————————————————————————

Coretan Hati

Kalau ada jalan pintas menuju kejayaan……….

Perancangan pendahuluan merupakan suatu yang penting bagi kita dalam mencapai sasaran hidup, Belum cukup hanya dengan memiliki impian dan harapan  malah  kita juga harus mengetahui bagaimana kita boleh merealisasikannya.

Hal ini melibatkan suatu persiapan yang teliti dalam perancanganya. Sasaran hidup kita adalah tempat tujuan , kita perlu merancangkan segala hal yang mungkin terjadi dalam perjalanan hidup ini. Kejayaan tidak terjadi begitu saja.

Apabila kita memutuskan sasaran hidup kita, , janganlah berubah, dan yang boleh berubah adalah rancangan bagaimana mencapainya Kalau kita tidak boleh mencapai sasarannya dengan suatu taktik, maka gantikan dengan taktik lain.

Perancangan akan meluruskan jalan dan menyingkirkan segala kebetulan. Kalau ada jalan pintas menuju kejayaan, maka hal itu adalah perancangan yang tepat. Perancangan seperti ini akan menghilang kebiasaan menunggu datangnya nasib baik atau kesempatan.

Perancangan tepat akan mengarah anda langsung ke sasaran….

Coretan oleh

AZIZAH MOHAMAD 2009

—————————————————————————————————————————————————

KEHADIRAN YANG  BERMAKNA

Tangis dan ketawa, suka dan duka, gembira dan kecewa silih berganti dalam kehidupan. Kehadirannya pasti akan mencorakkkan  warna–warna kehidupan kita.Tentu sekali kita gembira bila kejayaan menjelma dan kekecewaan melanda perasaan bila kegagalan mencengkam.

Sebenarnya kita perlu mewarnai  kehidupan ini dengan kejayaan demi kejayaan. Ciptalah kejayaan yang kecil dahulu dan seterusnya kejayaan yang  lebih besar dan bermakna. Ianya akan membuatkan kita tidak ‘mati’ dalam hidup. Kadang – kala  kita juga bimbang jika kita akan tidak begitu tabah dan hilang pertimbangan dalam menempuh  kegagalan. Lebih membimbangkan lagi sekiranya  kegagalan  itu  silih  berganti dan berpanjangan.

Namun harus juga diingat bahawa bumi mana yang tidak pernah di timpa hujan, laut mana yang tidak bergelora dan sesungguhnya langit tidak selalu cerah. Ingatlah bahawa kegagalan  juga mampu membawa ‘masej’  tersendiri, yang  boleh  memberi pengajaran, kesedaran dan  ketabahan.

Walau apa pun harus diingat pada ketentuan Allah. Sebenarnya kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan. Berdoalah kepadanya agar kehidupan kita ini sentiasa  di bungai dengan kecemerlangan, dibajai dengan kasih sayang dan keberkatan yang berpanjangan.

Jadikan kehadiran kita di dunia ini  sebagai kehadiran yang bermakna, bab kata orang ‘ hilang tidak dapat dicari, pergi tidak berganti’ .

Hasil Nukilan

Azizah bt Mohamad

—————————————————————————————————————————————————MEMORI

MEMORI BERSAMAMU …..

Tanpa disedari air mataku begitu mudah tumpah bila mengingati kelas ini…5 Mekanikal 1 2007. Rasa sayang yang begitu mendalam sukar untuk diluah dan digambarkan. Semakin hari terasa mereka begitu dekat dalam hatiku.Tenyata  mereka bukan saya telah mencuri pemikiran malah hatiku.

Sedih menghadapi perpisahan ini kerana  tak pasti dapat berjumpa lagi kerana  ……….ah tak perlu ku beritahu mereka, hanya takdir yang menentukan . Namun akan aku simpan memori manis ini dalam lipatan hatiku yang paling dalam. Sebahagiannya aku luahkan dalam sajak-sajakku, semuga mereka mengerti.

Tidak terduga perkenalan selama setahun ini mampu menjalinkan hubungan yang sungguh bermakna yang tidak terbeli oleh wang ringgit. Sekiranya selama ini kelas itu sentiasa mencuri pandangan mataku namun selepas ini mereka akan pergi .. Air mata mengalir lagi ….. Patah-patah perkataan dalam lagu KETENTUAN begitu menyentuh hati …….air mata menitis lagi .

Namun aku percaya kelembutan dan kasih sayang dapat melembutkan banyak hati , jua  dapat membalut hati-hati yang terluka. Aku berdoa agar di penghujung hidupku nanti  aku masih mampu memberi senyuman terakhir untuk mereka.

Harapanku agar mereka semua akan menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat. Untuk mengakhiri coretan ini terima kasih pelajarku kerana sudi menerima kasih sayangku , sudi menerimaku sebagai gurumusebagainya . serta mengizinkan aku mendoa dan mengenangimu

Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu dan ingatlah bahawa kasihku tidak terbatas waktu dan tidak mengenal jemu kasihku yang persis mutia …..

—————————————————————————————————————————————————

Sajak

BERDIRI SEORANG PERINDU


Kasihku yang terlalu dalam

Usahlah dipersendakan

Sabar dan kejujuran

Jadi  akar kemesraan

Berdirinya aku di sini

Bukan untuk seketika

Walau  Terkadang rasa terkilan

Jiwaku terguris

Namunku tersenyum selalu

Ku sentiasa beri kesempatan

Semuga ada ruang kesedaran

Semuga ada cahaya keinsafan

Kita punya perasaan

Punya  harapan dan impian

Biar pun berbeza perjalanan

Namun punya  satu  perasaan

Ku masih berdiri di sini

Sebagai seorang perindu ….

—————————————————————————————————————————————————

BICARA  GURU


Pelajarku seandainya kamu

Melanggar tatasusila dan kasar bahasa

Bersengketa dan riuh suasana

Gagal meneroka idea sepi tanpa bicara

Pelajarku seandainya kamu

Tiada tumpuan dan hilang punca

Sugul dan tidak ceria

Bersua guru tidak selesa

Tiada unggapan salam sejahtera

Pelajarku seandainya kamu

Tugasan dihantar tidak sempurna

Nasihat dan teguran tidak diguna

Aduhai ….

Terlukanya hati kecewanya perasaan

Musnah impian dan juga harapan

Pelajarku seandainya kamu

Berbaik sangka dan lembut bicara

Kritis, kreatif dan inovasi

Gagah meneroka idea

Bersua guru  ceria  selesa

Ungkapan salam disebut mesra

Tugasan dihantar dengan sempurna

Teguran diterima dengan hati terbuka

Namun akulah guru

Saban hari memohon kehadrat Ilahi

Semoga kamu diberkati

Kejayaan meniti di penghujung hari

—————————————————————————————————————————————————-

OKTOBER  2008

Keresahan melanda hatiku. Fikiran bercelaru tidak menentu. Ku cuba  pejamka mata namun ingatan berkisar tanpa batasan. Lantas ku bangun menuju jendela. Pandangan tertumpu ke persisiran pantai nan  indah. Namun  semua itu  terasa hambar palsu dan tidak bermakna. Keheningan malam dan desiran ombak menggamit ingatanku padanya.

Oh  Tuhan

Apakah ini takdir darimu

Benarkah ini dugaanmu

Mungkinkah ini kasih dan cintamu

Menjelma wajah itu ..Tergiang suara itu

Hatiku didamba rindu

Tergambar segak tubuh itu

Namun kini   lesu …. Layu

Perasaan dihuni sayu, pilu

Memori lalu menjengah minda

Kau yang selama ini ku kagumi

Kemesraanmu , kesungguhanmu , kerajinan dan semangatmu

Mempersona hatiku.

Alangkah indah jika dapat menemanimu

Meringankan kesedihan …menghapuskan  kedukaan …

Menghilangkan kesakitanmu

Semoga ada penawar sakitmu

Seandainya itu suratan hidup buatmu

Sabarlah,redalah sayang

Doaku iringkan dalam solatku …. saban  waktu

Semuga ada kesempatan untuk kita ketemu

Berbicara … berutus khabar seperti selalu

Ke mana rawan jiwa dapat dikesampingkan

Fazirul selalu dihati cikgu

—————————————————————————————————————————————————-

Ombak Perpisahan


Tidak terdaya untuk melawan

tidak mampu untuk bertahan

tiada kuasa untuk menentang

oh….kenangan

melintasi kamar fikiran

melewati jendela malam

meniti  diruang  ingatan

bukan mudah mencetus kemesraan

payah juga mengecap kepuasan

bukan senang menikmati kedamaian,kendahan

Apatah lagi kerjasama ,kepercayaan dan keikhlasan

Mendungkah hati , resahkah perasaan

pudarkah kenangan , hapuskah kemesraan

Ombak perpisahan semakin hampir

perginya nanti membawa wajah

wajah yang tenang,tabah

wajah yang mekar dalam ingatan

wajah yang segar dalam kenangan

pasti !

—————————————————————————————————————————————————-

dy/dx

Apakah itu ?

Unit sekali rupamu …

Wajahmu berada di mana- mana

Wajah popular .. sensasi !

Dari mana asalmu ?

Ke mana pula hala tujuanmu ?

Penampilan yang anggun

Penampilan yang perlu …

Ditunggu … dirindu !

Menyaksikan wajah dan kehadiranmu

Di kecerunan

Di Persamaan Normal

Di Persamaan Tangen

Di Tokokan Kecil dan Pengahampiran

Dalam masaalah maksimum dan minimum

Di Kadar Perubahan Terhubung

Ah ….. aku terpesona

Hadirlah dalam duniaku

Kehadiran yang perlu

Kehadiran yang jitu !

—————————————————————————————————————————————————-

SETIA  MENANTI

Kerana setia

Walau waktu sering melewati

Bukan sehari , malah saban hari

Ku gagahi mengharungi detik waktu

Berbekal kesabaran dan ketabahan

Dengan seraut senyuman

Menyemai  ilmu , makna sebuah kejayaan

Walau anak didik silih berganti

Namun setiaku di sini

Menyemai cinta terpahat di hati

Meraih sebuah pengharapan dan impian

Seiring mentari di sinar fajar

Menuntut  sebuah  pengorbanan

Anak didikku

Ku doakan kejayaanmu

Bisa menjelajahi seluruh benua,terokai ruang angkasa

Kembalilah , taburkan bakti

Dan aku masih di sini ,

setia menanti …..

—————————————————————————————————————————————————-

UMPAMA MENTARI

Biarku menjadi mentari

Memberi cahaya di saat kau kesepian

Di saat kau kegelapan dan keresahan

Aku tak akan bertanya

Apakah nanti balasannya

Setiap pengorbanan  dan  pemberian

Demi  suatu ikatan

Keihlasan di hati

Walaupun sering  kau ragui

Pada suatu masa dan suatu ketika

Akan ketara juga

Seandainya disuatu ketika

Kau jatuh dan tersungkur

Datanglah kemari

Akan ku rawatmu sehingga sembuh.

Aku rela begini

Dapat terus berbakti

Dengan cara sendiri

Akan ku bawa wajahmu

Di dalam hatiku

Terpahat selalu

—————————————————————————————————————————————————-

13 responses to “Ruangan Kreatif Penulis

  1. reyoung

    asalam teacher…
    mungkin teacher tak kenal saya…tapi saya selalu melihat cikgu…
    ya cikgu sangat menyerlah di sekolah.
    jujur,
    pada awalnya saya kurang suka mendengar teacher bercerita atau lebih tepat memberi sedikit ceramah yang pada saya amat memboringkan..

    tapi teacher,
    itu dulu,
    sekarang semakin dekat spm dengan kita,
    saya merasakan setiap kata2 teacher amat menusuk ke hati dan menepati diri seorang remaja itu sendiri.
    kata2 teacher yang pedas,ringkas,padat memang amat saya sukai.
    pernah sekali teacher masuk ke kelas saya kerana teacher memarahi seorang pelajar yang didenda guru lalu teacher memberi sedikit kata2 semangat amat saya kagumi.
    pandangan mata teacher amat tajam dan membuatkan kata2 itu meresap jauh ke lubuk hati.
    walau kata2 saya ini amat skema dan kelihatan seperti coretan dari novel2. tapi saya jujur mengatakan teacher memang layak bergelar GURU CEMERLANG.

    pelajar sttj(form5,2009),
    yang tidak dikenali =)

    • pnazizahmohamad

      Terima kasih pelajarku. alangkah baiknya kalau ini telah lama berlaku. Namun kesedaran yang datang adalah lebih bererti dalam meneruskan hidup ini.Namun cikgu rasa dapat mengenali anda ! kelas 5A2 kan ? cikgu doakan semuga allah akan melimpahkan ikhsan pada pelajarku ini

  2. assalamualikum…

    saya MUHAMAD FAEZ BIN ABD GHANI dari kelas 5A3.. 2007/08.. saya harap teacher ingat saya.. sekarang saya sedang belajar di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).. mengikuti foundation di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA).. walaupun saya sudah meninggalkan STTJ selama hampir setahun.. memori bersama teacher masih segar di ingatan saya dan hingga kini saya masih mempraktikkan nasihat serta ajaran teacher tika di sekolah dulu..

    ketika hari keputusan spm2008 dikeluarkan.. saya berasa sangat terkejut ketika cikgu Siti Zabedah mengumumkan nama saya sebagai pelajar 9A.. saya berada di belakang dewan ketika itu.. saya datang seorang diri ke sekolah pada hari itu kerana ibubapa saya secara kebetulan terpaksa mengambil ujian di tempat kerja mereka (PDRM).. langkah untuk ke atas pentas bagaikan perjalanan yang amat panjang… di fikiran saya seperti kosong…keliru..bermimpi.. sesudah sampai di atas pentas.. saya mengambil result spm saya dan menyambut salam pengetua.
    “tahniah ya Faez”
    ya allah.. hati saya berdegup pantas tika terlihat keputusan saya 9A1 1B3.. tanpa disedari air mata mula membasahi pipi.. hasil usaha selama 2 tahun di STTJ membuahkan hasil..

    terus terang saya katakan ketika di sekolah rendah dahulu.. saya merupakan pelajar yang sangat lemah.. kemudian di sekolah menengah rendah saya boleh dikatakan pelajar biasa sahaja.. kemudian saya ke STTJ dan saya rasa sangat bertuah kerana di STTJ saya dapat berjumpa dengan teacher dan guru yang lain.. di STTJ saya mula berubah.. tiap kali teacher masuk kelas.. saya bersemangat sangat.. setiap nasihat, teguran, kata-kata semangat dan sikap positif teacher saya ambil dan praktikkan sampai sekarang..

    selama 11 tahun saya bersekolah… teacherlah yang paling terbaik dalam kalangan terbaik..percayalah.. sekarang.. di alam universiti.. saya merasakan alam sekolah merupakan masa yang sangat seronok… tetapi saya perlu pandang ke hadapan dan meneruskan perjuangan saya untuk menjadi seorang jurutera awam yang berjaya dan disegani… walaupun impian saya untuk menyambung pelajaran ke luar negara tidak kesampaian.. ramai lagi pelajar pintar dari saya yang tidak seberapa ini.. di kesempatan ini saya hendak memohon maaf jika saya ada tersalah kata dan laku.. harap di maafkan.. semoga kita terus berhubung.. salam ramadhan dari pelajar yang merinduimu…

    FAEZ…
    5A3
    2007/2008

  3. muhd.faqrul radzi

    assalamualaikum warahmatullah??
    teacher ape kabar??
    harap sehat2 selalu..
    kami di sini amat merindui mu..
    harap cikgu still ingat kat saya,pelajar 5m1 yang paling banyak buat masalah..
    haha..
    haa,penyakit teacher da beransur pulih ke belum??
    harap2 sudah semakin sembuh..
    maaf kerana tiada semasa reunion tempoh hari…
    saya nak teacher tau yang saya dan farid sentiase merindui mu..insyaAllah jika ade kelapangan,kami akan menziarahi cikgu pada hari raya akan datang..
    tunggu kehadiran kami yaa??
    erm,insyaAllah saya cuba sedaya upaya untuk kumpulkan semua ahli 5m1 a.k.a anak2 cikgu pada hari tersebut…
    jage diri baek2…
    assalamualaikum warahmatullah….

  4. muhd.faqrul radzi

    assalamualaikum warahmatullah??
    teacher ape kabar??
    harap sehat2 selalu..
    kami di sini amat merindui mu..
    harap cikgu still ingat kat saya,pelajar 5m1 yang paling banyak buat masalah..
    haha..
    haa,penyakit teacher da beransur pulih ke belum??
    harap2 sudah semakin sembuh..
    maaf kerana tiada semasa reunion tempoh hari…
    saya nak teacher tau yang saya dan farid sentiase merindui mu..insyaAllah jika ade kelapangan,kami akan menziarahi cikgu pada hari raya akan datang..
    tunggu kehadiran kami yaa??
    erm,insyaAllah saya cuba sedaya upaya untuk kumpulkan semua ahli 5m1 a.k.a anak2 cikgu pada hari tersebut…
    jage diri baek2…
    assalamualaikum warahmatullah….
    (^_^)…

  5. mohd azree shamsuddin

    assalamualaikum…
    hai teacher…
    ape kabar????
    hehhee…
    dah lame tak contact teacher…
    sy mntak maaf….
    sy skrang blajar kat johor…
    insyaAllah…
    rayer nnt sy dtg umah teacher…
    teacher jge diri baik2 k…
    miss u so much…….
    salam…

  6. salam cikgu..
    terkedu saya baca puisi puisi cikgu..
    indahnya….menusuk ke kalbu…

    cikgu ingat lagi x saya??
    mungkin cikgu dh lupa…tp kami xpenah lupa cikgu..
    saya aida, pelajar awam1 batch 03/o4…dh lame sgt…dulu cikgu guru kelas saya…

    cikgu…
    klu bole…sy nk no contact cikgu…klu cikgu xde halangan..cikgu bagi no contact sy kt email saya ye…
    saya tngu…ni email saya….
    aida_rosepurple@yahoo.com

  7. kehadiran seorang insan yang kuat semangatnya, yang tabah hatinya, yang teguh pendiriannya, cukup mengajar aku erti mengenali setiap liku cubaan & dugaan yang bagaikan embun sayup yang limpah membasahi kelopak mataku, yang hadirnya tanpa kelihatan akan tetapi dingin dirasai..
    aku pernah menangis dengannya, pernah ketawa bersamanya, pernah benci akannya…..namun setiap perilakunya membentuk setiap butiran kecil kesabaran & keikhlasan dalam diri aku….
    tabah & cekal sentiasa aku genggam….kerna itulah yang telah DIA didikkan…..
    terima kasih wahai insan CIKGU….
    anak tersayang mu ini tidak mahu menangis lagi, doakan setiap langkah perjalananku meniti titian ranjau,
    disamping timbunan masyarakat yang tidak pernah kenal erti HATI…
    aslamualaikum CIKGU

  8. Assalamualaikum cikgu,

    Apa khabar? Mungkin cikgu dah x berapa ingat kat saya. Tapi cikgu tetap dihati saya. Saya merupakan bekas pelajar STTJ tahun 1998/1999, kelas 4J1 dan 5J1

    Mungkin cikgu pernah ingat dulu perkataan yang selalu cikgu ungkapkan dulu “siapa anak murid cikgu yang boleh selesaikan soalan add math nie?” Saya selalu angkat tangan untuk selesaikan masalah tersebut.

    Disebabkan kaedah pengajaran cikgu, saya dah jatuh cinta dengan subjek math sampai sekarang.

    Cikgu boleh contact saya di no. nie 016-3117535 atau email saya: syed@7eleven.com.my atau syedahmad_81@yahoo.com

    Kalau x keberatan boleh saya dapatkan no. hp cikgu?

    Salam perjuangan,
    Syed Ahmad Rifa’i bin Syed Bakar
    STTJ 1998/1999

  9. angah yarmouk

    salam…cantik kad cikgu
    kalo cikgu nak buat design cover buku or report,angah boleh design kan.baru gempak & menarik…

    tq

  10. lia

    assalamualaikum..
    cikgu…sye ILLIANI…dri kelas 2tr3.
    tahun09…
    cikgu mesti ingt kpd sye kan??
    dan sye ingin brtanye:cikgu do you have e-mail??
    sye ade sedikit soalan kpd cikgu..
    ttpi tidak bleh sye lafazkan dlm blog cikgu ini..
    tlg brikan kpd sye,secepat mgkin..smpai di sini shaja..
    wassalam..

  11. mohd rizal

    aslmkm ckgu………….
    zal tau zal banyk wat salah ngn ckgu……
    maen2kan ckgu….. tp percya la zal xpernah terniat tok mempermaenkan ckgu zal wat semua tu semata2 tok ckgu…… mmg nmpk kjm tp zal harus wat tok ckgu….
    zal sgt berharap akn memaafkan zal…..
    zal rndukan ckgu….. teramat tp zal terbatas dgn perbuatan jaht zal….
    maafkan zal…..
    zal hanye mahu ckgu sentiasa gmbra n bahagia……
    zal doakan kebahagiaan ckgu……
    maaf…..
    zal rse bersalah…
    miss u…..
    aslmkm…..

    mohd rizal…….

  12. wahida

    Salam cikgu,
    Apa khabar? Saya wahida murid kelas cikgu T5 batch 93/94. Baru2 ni saya lihat pic cikgu kat FB Pn Normali. Akhirnya dapat juga menjejak kasih. Lamanyaa tidak melihat wajah cikgu, nampak sedikit cengkung. Membaca blog cikgu, terasa sayu. Nostalgia STTJ bersama rakan T5 dibawah cikgu antara memori berharga persekolahan saya. Tahniah cikgu, kerana mendidik saya dan rakan-rakan yg lain. Cikgu berjaya menjadikan mereka insan. Walaupun tidak mengapai kejayaan setinggi awan namun yang pasti diri mereka tidak mengecewakan pada hari ini.
    Terima kasih banyak cikgu!!
    -Wahidatunnisa Ayop-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s